Monday, 21 October 2013

Ibnu Miskawaih

Akal manusia merupakan salah satu anugerah Allah SWT yang paling istimewa bagi manusia.Sudah menjadi lumrah bagi akal manusia yang selalu ingin tahu terhadap segala sesuatu termasuklah dirinya sendiri.Pengetahuan yang dimiliki manusia bukan bermula sejak lahir kerana manusia ketika dilahirkan belum mengetahui apa-apa.Dua sumber pengetahuan yang diperolehi manusia, iaitu pengetahuan yang diperolehi melalui wahyu dan pengetahuan yang diperolehi melalui pancaindera.

Ibnu Miskawaih adalah salah satu filsuf Muslim Iran yang menonjol dari Rayy, Iran.Beliau merupakan tokoh politik yang aktif selama masa Al-Booye.Beliau lebih terkenal sebagai filsuf akhlak (al-fafsafah al-amaliyyah) daripada sebagai filsuf ketuhanan (al-falsafah al-nazhariyyah al-ilahiyyah).Beliau termotivasi oleh keadaan masyarakat yang pada waktu itu akhlaknya kurang baik.Contohnya minum minuman keras, penzinaan dan lain-lain. Filosof Ibnu Miskawaih hanya mengambil dari pemikiran-pemikiran yang sudah ada kemudian dikembangkan lagi dari filsof-filsof lain.

Ibnu Miskawaih seperti manusia lain yang mencari kebenaran, melalui penelitian ataupun latihan untuk mendapatkan pengalaman.Maka dari pengalaman itu wujudlah inspirasi untuk mengkaji lebih mendalam tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan manusia, baik yang berkaitan kehidupan manusia mahupun alam sekitarnya.Sehingga dalam karyanya beliau turut menulis tentang kajian kedokteran, Sejarah, Bahasa dan lain-lain.Sehingga Ibnu Miskawaih menjadi seorang filosof Muslim yang termaktub dalam sejarah pemikiran Islam.Malah, beliaumerupakan seorang ahli falsafah yang terkenal dalam sejarah pemikiran Islam pada zaman dahulu.

       Nama sebenar Ibnu Miskawaih ialah Abu Ali Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Miskawaih. Beliau dilahirkan di Kota Rayy, Iran pada tahun 330 H / 932 M dan meninggal dunia di Asfahan pada tanggal 9 Shafar 421 H / 16 Februari 1030 M. Ibnu Miskawaih berbangsa Parsi dan merupakan seorang yang aktif dalam politik ketika era pemerintahan Bani Buwaiyh. Keluarga Ibnu Miskawaih dikatakan pada mulanya berasal dari kaum yang mengamalkan ajaran Majusi, tetapi kemudiannya telah memeluk agama Islam.Beliau fasih berbahasa dalam bahasa Parsi Pertengahan dan bertanggungjawab menterjemah karya-karya sebelum kedatangan Islam dalam bahasa Arab. Beliau mempelajari bidang sejarah dengan bergurukan Abu Bakar Ahmad bin Kamil Al-Qadhi pada tahun 350 H. Selain itu, beliau juga mempelajari ilmu kimia dengan bergurukan Abu al-Thayyib Ar-Razi serta memperdalamkan lagi bahasa dan sastera Arab. Ibnu Miskawaih semakin dikenali kerana pembahasan-pembahasannya tentang filsafat akhlak, terutama dalam bukunya yang dinamakan Tahzibul Akhlak.

Selain itu, beliau juga memperdalamkan lagi bidang filsafat dengan Ibn Al-Khammar yang merupakan seorang tokoh kenamaan yang dianggap cukup menguasai karya-karya Aristotle.Selain itu, beliau telah berkhidmat kepada Ibnul-Amid sebagai petugas perpustakaannya. Kemudian, beliau berkhidmat pula kepada anaknya, Ali bin Muhammad bin Al-Amid. Beliau aktif dalam politik dan bekerja dengan beberapa pemerintah Bani Buwaiyh.Ketika pemerintahan Khalifah Adud Al-Daulah, Ibnu Miskawaih pernah menjadi Khazin (pustakawan) Ibn al-‘Abid dimana beliau dapat menuntut ilmu dan memperoleh banyak perkara positif berkat pergaulannya dengan kaum elit. Setelah itu Ibnu Miskawaih meninggalkan Ray menuju Baghdad dan mengabdi diri di istana Pangeran Buwaihi sebagai bendaharawan dan beberapa jabatan lain.
Akhir hidupnya banyak dicurahkan untuk menuntut ilmu dan menulis.Semasa hidupnya, beliau merupakan anggota kelompok intelektual terkenal seperti al-Tawhidi dan al-Sijistani.Beliau juga tergolong dalam kelompok cerdik pandai Islam yang mempunyai wawasan yang luas, terutamanya dalam bidang falsafah.Hal ini dapat dilihat daripada pendapatnya yang turut merujuk kepada falsafah Yunani, melalui karya-karya yang telah diterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.Beliau dikatakan antara cerdik pandai Islam yang meninggal dunia dalam umur yang begitu lanjut iaitu ketika berusia 90-an. Walaupun beliau banyak mengusai cabang ilmu pengetahuan, namun beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli falsafah Islam dan sejarawan yang terkemuka pada zamannya.

           Menurut Cerdik Pandai Barat, Ibnu Miskawaih adalah ahli falsafah Islam dan sejarawan yang terulung pada zamannya. Beliau ialah seorang ilmuwan yang terkenal sebagai filsuf, penyair dan sejarawan.Ibnu Miskawaih lebih menyukai sejarah dan filsafat. Beliau telah mempelajari sejarah dengan Abu Bakar Ahmad bin Kamil Al-Qadhi. Selain itu, beliau juga mempelajari ilmu kimia dengan bergurukan Abu al-Thayyib Ar-Razi serta memperdalamkan lagi bahasa dan sastera Arab. Ibnu Miskawaih semakin dikenali kerana pembahasan-pembahasannya tentang filsafat akhlak, terutama dalam bukunya yang dinamakan Tahzibul Akhlak.
Namun, pemikiran beliau lebih merujuk kepada filsafat etika, seperti Al-Ghazali. Berbeza dengan pemikiran dari Al-Kindi dan Al-Farabi yang lebih menekankan kepada metafiska. Beliau juga terkenal sebagai ilmuwan yang hebat. Pada saat itu beliau dapat mencipta disiplin ilmu, seperti ilmu kedoktoran, ilmu bahasa, sejarah dan filsafat. Namun, beliau lebih terkenal sebagai filsuf akhlak (al-falsafah al-amaliyyah), daripada sebagai filsuf Ketuhanan (al-falsafah al-nazhariyyah al-ilahiyyah). Hal ini kerana, beliau di kelilingi dengan keadaan masyarakat yang pada waktu itu akhlaknya kurang baik, contohnya minum minuman keras, perzinaan, perkosaan dan lain- lainnya.

Ibnu Miskawaih juga merupakan seorang yang aktif dalam dunia politik di era kekuasaan Dinasti Buwaihi, di Baghdad. Beliau mengkombinasikan karier politik dengan peraturan filsafat yang penting. Beliau bukan sahaja berkhidmat di pejabat Buwaihi di Baghdad, malah beliau juga mengabdi diri di Isfahan dan Ray.

Meski filosofi yang diterapkannya khusus untuk masalah Islam, ia jarang menggunakan agama untuk mengubah filosofi, dan kemudian ia dikenali sebagai seorang humanis Islam. Beliau menunjukkan kecenderungan dalam filsafat Islam untuk menyesuaikan Islam kedalam sistem praktik rasional yang lebih luas bagi semua manusia. Ibnu Miskawaih menggunakan metode eklektik dalam menyusun filsafatnya, iaitu dengan menggabungkan berbagai pemikiran-pemikiran sebelumnya dari Plato, Aristoteles, Plotinus, dan doktrin Islam. Namun disebabkan perkara inilah yang membuatkan filsafatnya tidak asli. Dalam bidang-bidang berikut,jelas bahawa Ibnu Miskawaih hanya mengambil dari pemikiran-pemikiran yang sudah dikembangkan sebelumnya oleh filsuf lain.

           Ibnu Miskawaih berpendapat bahawa sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan pemikiran untuk membantu menentukan perkara yang perlu atau tidak perlu kita lakukan untuk mengenali siapa diri kita sebenarnya. Hal ini menyebabkan Mohamed Arkoun (1970) menggelar beliau sebagai seorang ahli kemanusiaan dan menganggotai pergerakan kemanusiaan pada zamannya.

   Ibnu Miskawaih menggunakan kaedah elektif dalam menyusun filsafatnya, iaitu dengan membezakanpelbagai pemikiran sebelumnya terutama yang dikemukakan dari Plato, Aristoteles, Plotinus, dan doktrin Islam.Antara pandangan Ibnu Miskawaih tentang Ketuhanan, Kenabian, Emanasi, Jiwa dan Akhlak adalah seperti dibawah :-

4.1.1        Ketuhanan

Dalam masalah Ketuhanan, Ibnu Miskawaih tidak memberikan perhatian yang lebih, kerana tidak dibincangkan lagi masalah ketuhanan di zamannya.Tidak banyak perbezaan pemikiran Ibnu Miskawaih dengan pemikiran Filosof yang lainnya, terutama Al-Kindi.Hal ini jelas bahawa Tuhan menurut Miskawaih adalah zat yang tidak berjisim, azali dan pencipta.Tuhan esa dalam segala aspek dan tidak satupun yang setara dengan-Nya.Tuhan ada tanpa diadakan, dan ada-Nya tidak tergantung kepada yang lain, sedangkan yang lain memerlukan-Nya.

Bagi Ibnu Miskawaih Tuhan adalah zat yang jelas dan zat yang tidak jelas.Dikatakan zat yang jelas kerana Tuhan adalah Yang Haq (benar) bererti terang. Manakala dikatakan tidak jelas pula adalah kerana kelemahan akal untuk menangkap-Nya(mengetahui-Nya) disebabkan banyaknya dinding-dinding (Hijab) yang menutupi-Nya. Ketidaksamaan wujud manusia dengan wujud Tuhan menjadi pembatas sebuah pertemuan antara manusia dengan Tuhannya.

4.1.2        Kenabian

Sebagaimana Al-Farabi, Ibnu Miskawaih juga menginterpretasikan kenabian secara ilmiah. Usahanya ini dapat menghasilkan perbezaan antara nabi dan pemikir yang lain serta menguatkan hubungan antara wahyu dan akal.

Menurut Ibnu Miskawaih, nabi ialah seorang muslim yang memperoleh kebenaran kerana pengaruh akal serta daya imaginasinya dan kebenaran seperti ini diperoleh pula oleh filosof. Perbezaannya hanya terletak pada teknik dan cara untuk mendapatkannya. Filosof mendapat kebenaran tersebut dari bawah keatas iaitu dari daya indrawi naik kedaya imaginasi dan seterusnya naik kedaya berfikir yang dapat berhubung dengan kebenaran dari akal aktif.Sedangkan nabi, mendapatkan kebenaran yang diturunkan dari Allah yakni dari akal aktif langsung kepada nabi sebagai rahmat Allah. Kesimpulannya, sumber kebenaran yang diperoleh nabi dan filosof adalah sama iaitu menggunakan akal. Pemikiran ini bertepatan dengan apa yang dikemukakan Al-Farabi sebelumnya.

Penjelasan di atas dapat dijadikan petunjuk bahawa Ibnu Miskawaih berusaha menggabungkan antara agama dan falsafah dan keduanya haruslah seiring kerana sumber yang digunakan adalah sama. Persamaan antara nabi dan filosof, bagi Ibnu Miskawaih adalah dalam mencapai kebenaran, bukan persamaan antara keduanya dalam kemuliaan dan kemaksuman.

4.1.3        Emanasi

Ibnu Miskawaih juga menganut fahaman emanasi, sebagaimana Al-Farabi.Namun teori emanasi Ibnu Miskawaih berbeza dengan teori emanasi Al-Farabi.Al-Farabi mengatakan bahawa Allah menciptakan alam secara pancaran. Sedangkan menurut Ibnu Miskawaih, entitas pertama yang memancar dari Tuhan ialah ‘Aql Fa’al (Akal Aktif).Akal ini tidak dihubungkan sesuatu pun.Ia bersifat qadim, sempurna, dan tidak berubah. Dari akal ini, timbulnya jiwa dan dengan perantara jiwa pula timbulnya planet (al-falak). Alam ini dapat dipelihara berkat pancaran dari Tuhan, sekiranya pancaran Tuhan akan terhenti, maka berakhirlah kehidupan di alam ini. Perbezaan antara Ibnu Miskawaih dan Al-Farabi, yang paling utama adalah seperti berikut :

a)      Ibnu Miskawaih mengatakan, bahawa Allah menciptakan alam ini secara emanasi (pancaran) dari yang tiada menjadi ada. Sedangkan Al-Farabi mengatakan bahawa Allah menciptakan alam secara emanasi dari suatu bahan yang sudah ada menjadi ada.
b)      Bagi Ibnu Miskawaih ciptaan Allah yang pertama adalah akal aktif. Sedangkan Al-Farabi mengatakan bahawa ciptaan Allah yang pertama adalah akal pertama dan akal aktif adalah akal kesepuluh.

4.1.4        Jiwa

Menurut Ibnu Miskawaih, jiwa adalah rohani yang kekal dan tidak hancur dengan sebab kematian jasad. Menurutnya, kebahagiaan dan kesengsaraan di akhirat nanti hanya dialami oleh jiwa sahaja, kerana kekuatan jasmani bukanlah kekuatan yang hakiki. Menurutnya manusia mempunyai dua unsur iaitu jiwa dan badan, maka kebahagiaan itu meliputi keduanya. Ada manusia yang bahagia kerana terikat dengan hal yang bersifat benda, namun ia rindu terhadap kebahagiaan jiwa dan terus berusaha mendapatkannya. Ada pula manusia yang mendapat kebahagian melalui jiwa dan melepas kebendaan.

Jiwa menurut Ibnu Miskawaih adalah substansi rohani yang kekal, tidak hancur dengan kematian jasad.Kebahagiaan dan kesengsaraan di akhirat nanti hanya dialami oleh jiwa.Jiwa bersifat immateri kerana itu berbeza dengan jasad yang bersifat materi. Mengenai perbezaan jiwa dengan jasad Ibnu Miskawaih mengemukakan hujah-hujah seperti berikut:

a)      Indera, setelah mempersepsi suatu tentangan kuat, selama beberapa waktu, tidak lagi mampu mempersepsi rangsangan yang lebih lemah.
b)      Bilamana kita merenungkan suatu objek yang musykil, kita berusaha keras untuk menutup sepenuhnya kedua belah mata kita terhadap objek-objek disekitar kita, yang kita anggap sebagai halangan bagi aktivitas spiritual. Jika esensi jiwa adalah materi, maka agar aktivitasnya tidak terhambat, jiwa tidak perlu lari dari dunia materi.
c)      Mempersepsi rangsangan kuat memperlemah dan kadang-kadang merugikan indera. Disisi yang lain, intelek berkembang menjadi kuat dengan mengetahui idea-idea dan faham-faham umum (general nations).
d)     Kelemahan fisik yang disebabkan oleh umur yang tua tidak mempengaruhi kekuatan mental.
e)      Jiwa dapat memahami proposisi-proposisi tertentu yang tidak mempunyai pertalian dengan data inderawi. Indera, misalnya, tidak mampu memahami bahawa dua hal yang bertentangan tidak dapat ada bersamaan.
f)       Ada suatu kekuatan tertentu pada diri kita yang mengatur organ-organ fisik, membetulkan kesalahan-kesalahan inderawi, dan menyatukan semua pengetahuan. Prinsip penyatuan yang merenung-renungkan materi yang dibawa dihadapannya melalui saluran inderawi, dan menimbang evidensi (bukti) masing-masing indera, inilah yang menentukan karakter keadaan-keadaan tandingan, maka dengan sendirinya jiwa itu harus berada di atas lingkungan materi.

4.1.5        Moral/ Etika (Akhlak)

Ibnu Miskawaih adalah seorang moralis yang terkenal.Menurutnya akhlak adalah suatu sikap mental (halun li al-nafs) yang mendorong seseorang untuk membuat sesuatu tanpa berfikir sehingga menyebabkan hilang pertimbangan.Sikap mental dibahagikan menjadi dua iaitu sikap yang berasal dari watak dan sikap yang berasal dari kebiasaan.

Berdasarkan pemikiran di atas, secara tidak langsung Ibnu Miskawaih menolak pandangan orang Yunani yang mengatakan bahawa akhlak manusia tidak dapat berubah.Namun menurut Ibnu Miskawaih akhlak manusia itu boleh berubah melalui pendidikan akhlak (tarbiyah al-akhlak).Contohnya perbuatan yang dimiliki oleh manusia dari akhlak yang tercela berubah menjadi akhlak yang baik, jika dia memang sudah insaf dan bertaubat.Pemikiran Ibnu Miskawaih ini sememangnyasejajar dengan ajaran Islam.Malah dalam al-Quran dan Hadith ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad yang datang adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlak dan tingkah laku dalam membentuk peribadi muslim.

Dalam membahas masalah akhlak, Ibnu Miskawaih telah membezakan antara kebaikan (Al – Khair) dengan kebahagiaan (Al-Sa’adah).Menurut Ibnu Miskawaih kebaikan adalah suatu keadaan di mana kita sampai pada batas akhir dan kesempurnaan wujud.Kebaikan dibahagi menjadi dua, kebaikan khusus dan kebaikan umum.Kebaikan khusus adalah kebaikan untuk peribadi masing-masing.Manakala kebaikan umum adalah kebaikan untuk seluruh manusia dalam menjalankan kepentingan bersama.

Bagi Ibnu Miskawaih kebahagiaan tertinggi adalah kebijaksanaan yang menghimpunkan dua aspek.Aspek-aspek tersebut ialah aspek teoretis yang bersumberkan pada amalan selalu berfikir tentang hakikat wujud dan aspek praktis yang terbentuk sebagai kekuatan jiwa yang dapat melahirkan atau menjelmakan perbuatan yang baik. Dalam mengharungi perjalanan ke arah mencapai kebahagiaan tertinggi itu, manusia hendaklah selalu berpegang kepada nilai-nilai syariat, yang akan bertindak menjadi petunjuk.

        Ibnu Miskawaih tidak hanya dikenali sebagai seorang pemikir (filosof), tetapi beliau juga seorang penulis yang produktif.Malah beliau sangat aktif dalam penulisannya dan amat menitikberatkan etika-etika falsafah. Beliau telah menghasilkan sejumlah karya yang banyak merangkumi  bidang ilmu yang luas termasuk sejarah, psikologi, kimia dan falsafah.

Dalam buku yang bertajuk “Sebuah Kompilasi Filsafat Islam” yang disusun oleh Thawil Akhyar Dasoeki, disebutkan beberapa karya tulisannya,iaitu :
1)      Al-Fauz al-Akbar (Membahas tentang masalah etika)
2)      Al-Fauz al-Asghar
3)      Tajarib al-Umam (Sebuah sejarah tentang Banjir Besar yang ditulisnya pada tahun 369 H/979 M).
4)      Uns al-Farid (Kumpulan anekdot, syair, peribahasa, dan kata-kata mutiara) Miskawaih mempunyai keahlian dalam bidang sastera dan penulisan prosa yang sangat istimewa.
5)      Tartib al-Sa’adah (Tentang akhlak dan politik).
6)      Al-Musthafa (Tentang syair-syair pilihan).
7)      Jawidan Khirad (Kumpulan ungkapan bijak).
8)      Al-Jami’
9)      Al-Siyar (Tentang aturan hidup).
10)  On the Simple Drugs (Mengenai kedoktoran).
11)  On the composition of the Bajats (Mengenai seni memasak).
12)  Kitab al-Asyibah (Mengenai minuman).
13)  Tahdzib al-Akhlak (Mengenai akhlak).
14)  Risalah fi al-Ladzdzat wa al-Alam fi Jauhar al-Nafs.
15)  Ajwibah wa As’ilah fi al-Nafs wa al-Aql.
16)  Al-Jawab fi al-Masa’il al-Tsalats.
17)  Risalah fi Jawab fi Su’al Ali ibn Muhammad Abu Hayyan al-Sufi fi Haqiqat al-‘Aql.
18)  Thaharat al- Nafs.

Antara karya yang terkenal adalah ‘Tahdzib Al-Akhlaq Wa Tathir Al-A’raaq’. Ibnu Miskawaih lebih dikenali sebagai filsuf akhlak (etika) walaupun perhatiannya luas meliputi ilmu-ilmu yang lain seperti kedoktoran, bahasa, sastera, dan sejarah.
Dalam karyanya ‘Tahdzib Al-Akhlaq wa Tathir Al-A’Raq’ (Pendidikan Budi dan Pembersihan Akhlak), beliau telah merumuskan tentang dasar-dasar etika.Dalam buku ini beliau memperkatakan tentang kepentingan akhlak berdasarkan sumber-sumber tentang falsafah etika yang dibacanya daripada karya-karya falsafah Yunani dan Parsi serta ajaran Islam dan pengalaman beliau sendiri. Menurut Ibnu Miskawaih, akhlak merupakan bentuk jamak dari ‘khuluk’ yang bererti keadaan jiwa yang mengajak seseorang untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa difikirkan dan diperhitungkan sebelumnya sehingga menjadi fitrah manusia, baik berpunca daripada latihan-latihan yang dilakukan atau kemudian menjadi sifat diri yang melahirkan ‘khuluk’ yang baik.

Menurut Ibnu Miskawaih lagi, ada ketikanya manusia mengalami perubahan dalam ‘khuluk’ sehingga memerlukan kepada peraturan-peraturan syariat, nasihat serta ajaran-ajaran tradisi yang berkait dengan sopan santun. Dalam karyanya itu, beliau turut memperkatakan proses pendidikan akhlak pada anak-anak. Menurut beliau, jiwa anak-anak seperti mata rantai daripada jiwa kebinatangan dan jiwa manusia yang berakal. Jiwa manusia pada anak-anak mengalami proses perkembangan yang boleh menghilangkan jiwa binatang dan memunculkan jiwa kemanusiaan. Seterusnya beliau mengatakan bahawa syarat utama bagi kehidupan seorang kanak-kanak adalah syarat kejiwaan dan syarat sosial.Perkara yang perlu diberi keutamaan dan perhatian adalah aspek rohani dan jasmani. Oleh sebab itu, pergaulan diantara sesama kanak-kanak haruslah mengutamakan kepada penanaman sifat jujur, qanaah, pemurah, bertolak ansur dan mengutamakan kepentingan orang lain, kewajipan mentaati, menghormati kedua orang tua serta sikap-sikap positif yang lain.

      Ibnu Miskawaih merupakan seorang intelektual muslim pertama dalam bidang filsafat akhlak. Keahliannya dalam bidang akhlak tersebut juga mempengaruhi konsep pendidikan yang dicetusnya. Dalam hal ini, beliau mempunyai dua sisi atau sudut pandangan iaitu secara teori dan praktikal. Beliau mengutarakan peraturan untuk kelestarian kesihatan moral berpandukan pandangan budi dan daya karakter. Keadaan ini menjelaskan kaedah di mana pelbagai bahagian jiwa dapat digandingkan bersama secara harmoni dan seterusnya membawa kepada tercapainya kebahagiaan.

Ibnu Miskawaih mungkin tidak sepopular Al- Farabi, Al-Kindi dan Ibnu Rusyd dalam bidang falsafah.Walaubagaimanapun, ahli-ahli sejarah dan falsafah Islam tetap menganggap beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang falsafah terutamanya falsafah Islam.Banyak ungkapan pemikiran beliau terutamanya yang berkaitan dengan akhlak adalah mengagumkan sehingga beliau dianggap sebagai “Bapa Falsafah Islam” dan “Bapa Etika Islam”. Beliau banyak menghabiskan masanya untuk kegiatan-kegiatan akademik dan penulisan. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa Ibnu Miskawaih adalah anggota kepada beberapa kumpulan intelek yang terkenal pada masa itu iaitu Al-Tawhidi dan Al-Sijistani.Beliau juga tergolong dalam kelompok cerdik pandai Islam yang mempunyai wawasan yang luas, terutamanya dalam bidang falsafah. Hal ini dapat dilihat kepada pendapatnya yang turut merujuk kepada falsafah Yunani, melalui karya-karya yang telah diterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Malah, beliau berjaya membuktikan bahawa beliau mampu mengadunkan falsafah Yunani dan Parsi serta menyesuaikannya mengikut ajaran Islam. Karya-karya beliau banyak melontarkan buah pemikiran yang amat berguna buat renungan setiap individu umumnya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.


RUJUKAN
Dr. T.J DE BOER. 1967. The History Of Philosophy In Islam.
Dover Publications, Inc. New York.
Muhammad Yusuf Musa. 1945. Falsafat al-Akhlak fi al-Islam. Kairo : Dar al-A’arif.
M.M. Syarif. 1967. The History of Muslim Philosophy. New York : Dover Publications.
Nasr, Seyyed Hossein. 1996. History of Islamic Philosophy Part One. Great Britain:
Biddles Short Run Books.
Prof. Dr. H. Sirajuddinzar. 2004. Filsafat Islam, Filosof dan filsafatnya.
PT Raja Grafindo Persada. Jakarta.
Shafie Abdul Rahman. 2011. 25 Cendekiawan. Kuala Lumpur : Must Read sdn. Bhd.
Thawil Akhyar Dasoeki. 1993. Sebuah Kompilasi Filsafat Islam.
Indonesia : Dina Utama Semarang (DIMAS).
Yunasril Ali. 1991. Perkembangan Pemikiran Falsafi Dalam Islam.Jakarta : Bumi Aksara.


Tuesday, 15 October 2013

"aDa SeBaB mEnGaPa kItA mEnGeNaLi SeSeOrAnG DaLaM HiDuP kIta,
sAmA aDa KiTa PeRLu MeNgUbAh HiDuP dIa AtAu DiA yAnG bAkAl MeNgUBah HiDup KiTa..
ALLAH TaKkAn HaDiRkAn SesEoRaNG Itu tANpA SeBaB"